Ikan
keli ialah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara Asean
khususnya di Malaysia. Ikan keli termasuk dalam keluarga Clariidae dan
telah mula diperkenal di negara kita pada tahun 1988 dan kini telah
menjadi spesies utama ternakan air tawar dalam negara. Ikan ini berupaya
hidup dalam pelbagai keadaan dan mutu air dengan tempoh ternakan selama
3-4 bulan. Ia hanya memerlukan kawasan ternakan yang kecil di mana
sedikit sahaja isipadu air yang diperlukan. Tebaran ikan ini juga boleh
lebih padat dari kebanyakan ikan lain. Dengan kemajuan teknologi
terkini, pengeluaran ikan bertujuan untuk makanan atau hiasan dari satu
ruang air yang terkurung tidaklah terhad. Memandangkan permintaan ikan
kian meningkat, pelbagai pendekatan boleh diamalkan khususnya di kawasan
luar bandar atau pinggiran bandar untuk mengeluarkan ikan berkualiti
bagi menampung keperluan harian dan menambah sumber pendapatan.
Menternak ikan dalam takungan air seperti tangki kavas, gentian kaca
(fiberglass) ataupun simen adalah satu alternatif kepada sistem
tersebut. Kaedah ini sesuai bagi kawasan tanah yang kecil. Namun
sekiranya mempunyai keluasan tanah yang bersaiz besar, ternakan ikan
boleh dibuat di dalam kolam tanah. Kolam tanah sesuai digunakan bagi
menternak pelbagai jenis ikan air tawar. Penternakan dalam kolam tanah
yang kaya dengan makanan semulajadi boleh menjimatkan kos operasi.
Rekabentuk ladang pula hendaklah mempunyai kolam takungan, kolam rawatan
kumbahan dan sistem air masuk dan keluar yang berasingan.Budidaya Ikan Keli |
|
0 komentar Budidaya Ikan Keli
Posting Komentar