Sewa Mobil Surabaya Perdana Rental
Hub cs:031-8721200 - 081 252 666 966 - 031-703 306 61.Sewa Mobil surabaya+Driver mulai rp 225rb

Budidaya Ikan Keli


Ikan keli ialah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara Asean khususnya di Malaysia. Ikan keli termasuk dalam keluarga Clariidae dan telah mula diperkenal di negara kita pada tahun 1988 dan kini telah menjadi spesies utama ternakan air tawar dalam negara. Ikan ini berupaya hidup dalam pelbagai keadaan dan mutu air dengan tempoh ternakan selama 3-4 bulan. Ia hanya memerlukan kawasan ternakan yang kecil di mana sedikit sahaja isipadu air yang diperlukan. Tebaran ikan ini juga boleh lebih padat dari kebanyakan ikan lain. Dengan kemajuan teknologi terkini, pengeluaran ikan bertujuan untuk makanan atau hiasan dari satu ruang air yang terkurung tidaklah terhad. Memandangkan permintaan ikan kian meningkat, pelbagai pendekatan boleh diamalkan khususnya di kawasan luar bandar atau pinggiran bandar untuk mengeluarkan ikan berkualiti bagi menampung keperluan harian dan menambah sumber pendapatan.

Menternak ikan dalam takungan air seperti tangki kavas, gentian kaca (fiberglass) ataupun simen adalah satu alternatif kepada sistem tersebut. Kaedah ini sesuai bagi kawasan tanah yang kecil. Namun sekiranya mempunyai keluasan tanah yang bersaiz besar, ternakan ikan boleh dibuat di dalam kolam tanah. Kolam tanah sesuai digunakan bagi menternak pelbagai jenis ikan air tawar. Penternakan dalam kolam tanah yang kaya dengan makanan semulajadi boleh menjimatkan kos operasi. Rekabentuk ladang pula hendaklah mempunyai kolam takungan, kolam rawatan kumbahan dan sistem air masuk dan keluar yang berasingan.Budidaya Ikan Keli
   
Read More